SINTOK
,KEDAH: Pada 11 Mac 2013, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia ,Profesor
Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak telah melancarkan Majlis Perasmian Pembukaan Pesta Buku bertempat di
Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Pesta buku ini mula dibuka pada 10 Mac 2013 dan
dijangka berakhir pada 16 Mac 2013. Turut hadir pada hari perasmian ialah Tuan
Kasim Tukiman yang merupakan Pengerusi
Jawatankuasa Pemasaran MAPIM, Zulhakim Sanip wakil dari Persatuan Penerbit Buku
Malaysia (MABOPA), ahli jawatankuasa Universiti Utara Malaysia,
profesor-profesor, ketua-ketua jabatan dan pelajar-pelajar universiti.
Pesta ini diadakan bersempena dengan
pelancaran Program Jelajah Pesta Buku Ilmiah Malaysia 2013 anjuran Majlis
Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan
Malaysia (MBKM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Perpustakaan
Sultanah Bahiyah. Ini merupakan tahun ke-3 pesta buku ini diadakan di
Universiti Utara Malaysia. Tema yang telah ditetapkan pada pesta buku kali ini
adalah “Cintai Buku Cintai Ilmu”.
Antara
aktiviti yang dijalankan selain daripada jualan buku pada kali ini ialah Jom
Tulis Buku (klinik perundangan bersama pengarah),Hari Bertemu Pelanggan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Library Info
Hunt, dan Kuiz Online. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang diadakan
seperti pertandingan pakaian beragam dari Tadika Tunku Puteri Intan Shafinaz (UUM),
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, Puppet Show, senam robik, pertandingan
bercerita, program motivasi dari sekolah ke IPT, Choral Speaking Competition
dan banyak lagi aktiviti yang dijalankan pada pesta buku kali ini.
Terdapat 22
jenis buku terbitan UUM Press yang dilancarkan pada hari perasmian tersebut.
Sebanyak 38 pempamer yang terlibat dalam pesta buku pada tahun ini antaranya
ialah dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah (UUM), Penerbit UNIMAP, UiTM, UPM,
USIM, dan UKM, dan Penerbit UUM Press. Contoh buku yang dikeluarkan oleh UUM
Press ialah buku Malaysia: Kepelbagaian Sudut Pandang.
Selain
daripada pempamer-pempamer yang disebut, terdapat banyak lagi pempamer lain
iaitu dari Galeri Ilmu Sendirian Berhad, Kreatif Padu Marketing (PEARSON), Fajar Ulung Sendirian
Berhad, Utusan Publication dan Distribution, Group Hayadi Sendirian Berhad,
Kumpulan Media Karangkraf, MOY Publication Sendirian Berhad, Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia(ITBM) dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment